Wednesday, January 27, 2010

1999 - SEMOGA KITA TIDAK TERTIPU LAGI

UCAPAN DALAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO TAHUN 1999

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh,

Kita menghadiri Perhimpunan Agong selama 3 hari ini di waktu kerabat DiRaja Melayu di Singapura dihambat keluar untuk duduk di rumah pangsa.

Dunia Melayu sekarang ini berada di dalam keadaan kucar-kacir. Musuh Melayu menjadi berani.

Kita terbaca seruan surat khabar Singapura menyuruh supaya UMNO mencampak jauh pemimpin parti dan pemimpin negara iatu YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian.

Apabila sesuatu bangsa itu cinta kepada agama maka agamalah yang akan dijadikan asas perjuangan menuju kejayaan dalam bidang-bidang lain juga selain agama.


Agama jugalah saluran yang akan digunakan oleh musuh-musuh bangsaa dan negara untun menjahanamkan ummah.

Saya akan ketengahkan empat kejadian di dunia Melayu yang melibatkan agama.

REFORMASI KECUNDANG

Pertama di Indonesia.

Tidak lama dahulu kita dengar betapa hebat usaha untuk mengadakan Reformasi di sana.

Reformasi yang bertujuan untuk mengurangkan pengaruh tentera.

Reformassi untuk bertujuan untuk menjatuh dan mendakwa bekas Presiden.

Reformasi untuk membawa berbagai-bagai macam perubahan.

Reformasi untuk demokrasi tulen.

Ada tokoh yang terlibat dalam mencetuskan Reormasi di Indonesia yang turut membantu dalam usaha mengulingkan Presiden UMNO di Malaysia.

Pada hari ini mereka yang menggembar-gemburkan Reformasi di Indonesia sudah kelihatan akan kecundang dan yang menang adalah yang bukan dari kelompok Reformasi.

PURA PURA ISLAM

1 comment:

  1. Hello,
    Anda boleh menukar pautan blog saya?
    http://alisharesidence.blogspot.com/ Saya harap anda boleh menghubungkan dan saya akan melakukan perkara yang sama,
    Berterima kasih banyak

    Alisha

    ReplyDelete