Wednesday, January 27, 2010

1999 - SEMOGA KITA TIDAK TERTIPU LAGI

UCAPAN DALAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO TAHUN 1999

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh,

Kita menghadiri Perhimpunan Agong selama 3 hari ini di waktu kerabat DiRaja Melayu di Singapura dihambat keluar untuk duduk di rumah pangsa.

Dunia Melayu sekarang ini berada di dalam keadaan kucar-kacir. Musuh Melayu menjadi berani.

Kita terbaca seruan surat khabar Singapura menyuruh supaya UMNO mencampak jauh pemimpin parti dan pemimpin negara iatu YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian.

Apabila sesuatu bangsa itu cinta kepada agama maka agamalah yang akan dijadikan asas perjuangan menuju kejayaan dalam bidang-bidang lain juga selain agama.

1998 - KERANA FITNAH PUDARLAH BUDI

UCAPAN DALAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO TAHUN 1998

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh,

Para Perwakilan dan Pemerhai yang dihormati sekalian.

Pada hari ini saya ingin bercakap. Walau pun sebagai Menteri Besar, saya tidak patut bercakap, lebih-lebih lagi kerana tiada isu yang dibangkitkan yang perlu saya jawab.

Dato' Ibrahim Ali tadi bercakap kerana dia tiada jawatan, di negeri pun tiada jawatan. Jadi tempat yang dia boleh bercakap di sini sajalah.

Saya pula sebagai Menteri Besar akan bercakap hanya di Kedah saja. Jadi peluang untuk bercakap kepada tuan-tuan dan puan-puan hanya dalam Perhimpunan Agong ini.

1997 - ISLAM BUKAN UNTUK JUAL BELI

UCAPAN DALAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO TAHUN 1997

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Para Perwakilan dan Pemerhati yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin menyentuh mengenai ucapan wakil wanita dalam usul agama. Kebetulan wakil ini daripada Kedah dan pada waktu itu beliau telah memberi gambaran kalau hendak ke Kedah kena bawa surat nika supaya tidak tertangkap.

Sebenarnya tujuan Hajah Fatimah bukanlah untuk mengutarakan perkara itu. Cuma beliau hendak menekankan bahawa keghairahan usaha meningkatkan penghayatan Islam di Kedah ini agak tinggi.

Jadi kalau di negeri lain (Kelantan), orang yang tak menikah, ditangkap dalam bilik pun terlepas. Di Kedah, yang dah menikah pun boleh tertangkap juga.

Thursday, January 21, 2010

02-07-1977 - BIAR RUGI BERIBU JUTA

2hb. Julai, 1977

Ucapan Yang Berhormat Sanusi Junid sebagai Wakil UMNO Kedah di Perhimpunan Agung UMNO pada 2hb Julai, 1977.

Bismillahirahmanirrahim

Yang Berbahaia Dato' Pengerusi, Yang Amat Berhormat Pemangku Presiden, Naib-Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi, Perwakilan dan Pemerhati Sekalian.

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

BIAR RUGI BERIBU JUTA

Saya dari Bahagian Jerai, mewakili Kedah menyokong usul yang dikemukakan oleh Pahang.

Dalam ucapan menyokong usul yang dikemukakan oleh Pahang, ingin saya menumpukan lebih perhaian kepada aspek-aspek ekonomi kerana saya tidak begitu memahami aspek lain secara mendalam - aspek yang para perwakilan lebih memahami daripada saya.

KHAYALAN

Saya pernah mengkhayal dan menggambarkan disi sebagai seorang ahli ekonomi dan menyatakan bahawa -

bangsa Melayu boleh dianggap sebagai satu bangsa yang berada di puncak sebuah gunung yang tandus, menghaarapkaan sumber penghidupan daripada air hujan.

Air hujan itu mengallir daripada gunung tadi, malalui sungai dan taliair, membasahi dan menyuburkan tanah.

Air yang selebihnya mengalir kelaut dan kerana kepanasan bahang matahari, disedut semula ke angkasa.

Dengan bantuan angin ia diarak melalui kepulan awan menuju ke gunung sehingga turun semula ke bumi sebagai hujan.