Wednesday, January 27, 2010

1997 - ISLAM BUKAN UNTUK JUAL BELI

UCAPAN DALAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO TAHUN 1997

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Para Perwakilan dan Pemerhati yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin menyentuh mengenai ucapan wakil wanita dalam usul agama. Kebetulan wakil ini daripada Kedah dan pada waktu itu beliau telah memberi gambaran kalau hendak ke Kedah kena bawa surat nika supaya tidak tertangkap.

Sebenarnya tujuan Hajah Fatimah bukanlah untuk mengutarakan perkara itu. Cuma beliau hendak menekankan bahawa keghairahan usaha meningkatkan penghayatan Islam di Kedah ini agak tinggi.

Jadi kalau di negeri lain (Kelantan), orang yang tak menikah, ditangkap dalam bilik pun terlepas. Di Kedah, yang dah menikah pun boleh tertangkap juga.


Itu maksud Hajah Fatimah.

PETUA

Sebenarnya di Kedah kita ada bagi sedikit petua macamana nak kenal orang yang dah menikah, dengan orang yag belum menikah.

Biasanya di dalam kereta kalau kita tengok pemandu itu pandang ke kanan, dan perempuan di tepi dia tengok ke kiri, itu sudah menikah. Tetapi kalau pemandu pandang ke kiri dan di sampingnya ada wanita duduk rapat dengan dia dan pandang kepadanya, itu biasanya belum menikah.

Macam itu juga kalau berjalan di jalan, kalau lelaki jauh ke depan, perempuan di belakang, itu sudah menikah. Tetapi kalau berpegang tangan depan orang ramai, yang tu belum menikah lagi.

No comments:

Post a Comment